Nadi 2u – Kelas Keusahawanan – Pembikinan Video & Slaid Pembentangan
4 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 03 Mei 2025 - Sabtu, bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang, NADI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas keusahawanan dan kali ini memberi fokus kepada skil pembikinan video dan slaid pembentangan. Peserta telah diberi pendedahan kepada intisari kepada timeline cerita yang hendak ditampilkan dan jalan cerita yang bersesuaian. Disamping itu, teknik editing juga turut diajar sesuai dengan penceritaan produk yang hendak dipasarkan. Tambahan itu, Slaid pembentangan perniagaan dititikberatkan agar peserta tidak tersasar daripada objektif utama perniagaan yang dijalankan sekaligus mudah untuk difahami oleh panel pemberi dana sekiranya perlu. Semoga dengan perkongsian kali ini dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada peserta.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Perbincangan petugas dan peserta
• Taklimat
• Tugasan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: